06 July, 2012

Susun Buku / Organizing Books

Salam semua readers!
Dah berkurun tak berblog.. tiba-tiba semangat datang balik lepas ada blogger lain link kan Organized Suri dalam blognya dan rupanya ada jugak geng yang ada minat yang sama dengan Organized Suri kat Malaysia ni.. hihi.. leh bukak kelab..

Ok, kali ni nak tengok cara2 susun buku.. saya memang suka buku.. suka baca, suka tengok, suka susun dan suka dikelilingi dengan buku.. dengar macam tak betulkan? tapi itula perangai pelik saya.. dan kerana saya suka dikelilingi buku, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah saya dapat jadi librarian. Yang kelakarnya masa form 2 siap ada interview untuk jadi librarian dan jawapan ikhlas saya pada cikgu yang jaga library masa tu adalah apa yang saya cakap kat atas.. "saya suka buku, dan suka buat kerja yang berkaitan dengan buku.." - on the spot cikgu tu lantik saya jadi librarian.. lepas tu baru saya sedar yang cikgu tu ambik saya jadi librarian sebab jawapan saya tu dan memang betul saya kena buat kerja dengan buku.. every year end mesti library kena tutup few weeks and librarian semua kena buat inventory! kira stok buku! hahaha.. memang best! imagine ratus2 or ribu2 buku dalam library semua kena rekod.

Dan kerana minat dengan buku, sejak sekolah lagi saya dah pasang angan2 nak buat mini library kat rumah.. sekarang sebab apartment pun dah mini, library saya sekarang micro mini je.. tak sabar tunggu rumah baru nak buat mini library yang betul2 punya... (slurrrppp... cakap pasal buku buat saya excited)..

Anyway, macam2 style ada untuk susun buku ni, tak semestinya susun atas rak, ada yang susun dalam laci (senang nak tengok title buku) dan ada jugak yang susun atas lantai je tapi still nampak tersusun..

Yang paling ekstrem ialah yang jenis susun ikut warna.. memang cun habis.. amek kau.. memang rajin tahap gaban la orang yang susun buku macam ni..


















No comments:

Post a Comment