22 July, 2012

Organize Rumah untuk Ramadhan

Selalunya kita kemas rumah bila nak dekat raya je, sebelum masuk Ramadhan jarang2 orang kemas rumah. Why not kemas rumah untuk sambut Ramadhan? Di bulan yang mulia ni, lagi elok kalau kita check semula decoration dalam rumah kita. Make sure kita tak jadikan patung-patung sebagai hiasan, ataupun gambar-gambar hidupan yang complete - even family portrait pun rasanya kena hati2 jugak. Takut malaikat rahmat tak masuk rumah.

Anyway, since saya ambik cuti a week before puasa, sempatla kemas2 rumah sikit. Lagipun memang dah lama saya nak simpan semua file-file encik suami yang bersepah-sepah kat dalam bilik. Memang sakit mata tiap-tiap hari tengok barang-barang bersepah ni. Firstly, saya punggah/keluarkan semua barang-barang yang menyakitkan pandangan mata macam dalam gambar kat bawah.. ambik kau.. macam tempat pembuangan sampah..


Lepas tu saya susun semua benda alah ni masuk dalam kotak besar yang kami beli kat Ikea.. harga dalam RM6 satu kotak - kotak ni rendah tapi besar so muat file-file besar..


Ok, lepas dah sumbat semua barang dalam kotak ni, saya cari pulak barang-barang kat bawah - Sheet Protectors, kertas A4 (yang colourful lagi bagus), double sided tape and marker.


"So, apa kena mengena semua benda ni dengan nak kemas barang-barang masuk kotak?" 

Ahah!

Setakat ni, saya rasa ni idea saya la, unless dah ada orang lain buat long time ago.. sebab saya tak nak tercari2 pulak semua barang-barang yang saya sumbat masuk kotak tu, saya letak label kat luar kotak.. tak payah nak waste time cari satu barang pastu bukak semua kotak. Dahla corak kotak sama je.. (saya ada 4 kotak yang macam ni)
Lagi senang letak sheet protector sebab bila saya guna kotak ni untuk letak barang lain, saya hanya perlu gantikan A4 paper tu.. 




Ok, lepas dah siap semua ni, saya tolak kotak-kotak ni letak bawah katil.. maybe lagi sebulan atau dua bulan baru kami bukak semula kotak ni.. takde sakit mata dah tengok semua tu kat dalam bilik.. Alhamdulillah.. lega.. settle satu masalah :)




3 comments:

  1. kan? senang bila berlabel nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. labelling adalah salah satu cara nak kurangkan sakit kepala bila nak cari barang yang kadang2 kita nak guna urgent.. :D

      Delete