14 February, 2012

Lazy Susan

Ramai jugak orang tak tau apa tu Lazy Susan? sape Susan yang pemalas ni? hehe.. kalau nak tau apa dia, tengok photos kat bawah ni. Apa kegunaan lazy susan? biasanya orang letak atas dining table yang bulat so that senang semua org nak ambik food - pusing-pusing kan aje lazy susan tu. biasanya kita nampak kat chinese restaurant or hotel banquet yang sediakan meja bulat yang besar.

Rasanya kat Malaysia ni tak berapa famous lagi lazy susan sebagai salah satu alatan untuk organize rumah. Pada sesiapa yang ada kitchen cabinet yang tinggi dan besar ruangnya, boleh guna lazy susan untuk simpan alatan-alatan memasak sebab kadang-kadang kita tak nampak apa yang ada kat hujung cabinet yang paling dalam. Paling teruk, nak ambik satu barang je yang kita letak kat belakang kabinet, last-last kena keluarkan semua barang dalam tu sebab tak nampak barang yang kita nak ambik.

Bila letak lazy susan, kita cuma pusingkan aje benda alah ni dan tadaaa... senang nak tengok dan capai apa-apa yang tersorok.

Mana nak dapat Lazy Susan yang tak besar sangat? So far kat Malaysia ni saya jumpa lazy susan kat Ikea.. tempat lain macam susah sikit. Kalau ada pun, mungkin mahal sikit. Another tips yang boleh saya bagi ialah tempah lazy susan or kalau cik abang jenis yang suka bertukang, boleh suruh dia buatkan.. nampak macam senang hehehe.. 


{ contoh Lazy Susan dibeli dari Ikea }


SNUDDA Lazy Susan   Turning function in base; easy to serve from.

SNUDDA
Lazy Susan, solid wood birch

RM25 - Ikea




Idea-idea lain yang boleh dicedok..


credit picture - http://www.addspacetoyourlife.com


DIY Lazy Susan (untuk sesiapa yang rajin bertukang)

Boleh refer ke link di bawah..



4 comments:

  1. first time la dgr pasal lazy susan ni.i wonder who she is..LOL..kesian sapa2 nama susan

    ReplyDelete
  2. kat kilang sy, lazy susan digunakan utk memusingkan kotak2 yg dah diisi produk untuk diperiksa oleh operator (mempercepatkan kerja memeriksa finished goods sbb meja tu pusing sendiri). ms mula2 lazy susan sampai, mmg gelak2 sbb ade sorg staff acct dept tu namanya susan. so dia salu ckp 'kat bawah (bhgn production) tu mmg lazy susan ye tp i hardworking susan'. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kesian org yang namanya Susan

      Delete
  3. saya mmg tgh mencari lazy susan ni..sebab banyak gunanya...anyway...salam perkenalan...saya terus melekat sini...

    ReplyDelete