13 February, 2012

Label untuk kotak ubat

Setakat ni, selain suami saya selalu tanya 'kita simpan panadol tak?' 'ada pil chi kit tak? abang sakit perut'... adik ipar yang bertandang ke rumah pun ada jugak tanya soalan yang agak serupa 'akak ada panadol tak?'

Bagus jugak bila 2,3 orang tanya soalan yang sama, memang kita patut simpan ubat-ubatan yang simple, just in case ada orang sakit kepala ke, anak-anak dapat luka sebab terjatuh ke, ataupun tengah malam terjaga sebab hidung tersumbat!

Sebelum ni memang saya ada simpan satu kotak 'first aid kit' (konon-konon laa) tapi kotak tu tak di refill bila ubat dah habis, minyak gamat bersepah.. kat dapur satu, kat ruang tamu satu.. kat dalam bilik tidur pun ada..

Lepas buat homework sikit, cara yang paling best nak solve this problem ialah.. jeng jeng.. apa lagi, mestila kena organize betul-betul.. ada banyak cara nak organize ubat ubatan. Cara saya:

1. Dapatkan beberapa kotak atau bekas untuk letak jenis-jenis ubatan yang berbeza. Cara saya, dapatkan 4 bekas (tupperware pun boleh). Saya prefer bekas yang transparent sebab senang nak tengok ubat dah habis ke belum.

2. Bahagikan jenis-jenis ubatan kepada 4 jenis. Nak 5,6 pun boleh. Bekas-bekas ubat saya; satu untuk minyak gamat & minyak urut, satu untuk plaster, bandage & vicks, satu untuk krim & losyen kulit, dan satu untuk ubat yang boleh dimakan (panadol, pil chi kit, air garam etc..) . Terpulang pada pilihan masing-masing.

3. Nak lagi best dan senang nak cari ubat-ubat ni pastu supaya senang nak simpan balik, letak label kat setiap bekas tu. Mula-mula saya tampal label yang ditulis sendiri jer.. nampak boring sikit.. 2 hari lepas saya print label ikut tema blog Organized Suri.. nampak lebih elok sikit.. 

{ BEFORE - nampak sangat boring }


{ AFTER - lebih cute }









4 comments:

  1. saya pun buat cam gini... mmg bekas transparent lbh mudah... nak print label juga la... nampak comei sikit... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Nora, thanks sudi jenguk my blog.. ye.. saya sgt setuju kalau nk letak label.. buat label comel2 yer.. hehe

      Delete
    2. slm. suke jenguk2 blog HO sejak 2 menjak ni. sy pun dh mula mengasingkan ubat2an ikut keperluan. ubat telan (panadol, pain killer, sakit sendi, ubat demam anak masuk ikut bontot) dlm 1 aid kit letak kat dapur (rational supaye senang nk minum air ms mkn ubat2 tu). uabt krim2 dan sapu2 kat 1 bekas transparent kat living room (rational supaye mase sapu2 krim tu leh bersantai2 depan tv) dan ubat2 cecair (ubat demam dan batuk anak2) kat atas meja dlm raga yg menempatkan botol2 susu deme. cuma skrg ni tgh organize botol2 minyak urut ni.. kat dapo 1 kat living room 1, dlm bilik 1.. bile nk cari dh jenuh... hehe

      Delete
    3. Salam Mona.. thanks for sharing! hantar la gambar, boleh kami tengok sekali :)

      Delete