Kebanyakkan rempah kat Malaysia ni dijual dalam paket dan agak rimas jugak tengok rempah yang berpaket-paket pastu kena ikat getah everytime kita dah habis memasak.. selalunya paket-paket rempah tu bersepah-sepah kat dalam laci atau kabinet dapur.. rasanya semua orang pernah alami benda yang sama kan? so, macam mana nak susun dan kemaskan rempah2 kat dapur tu?
Actually ada banyak cara, salah satunya ialah cari botol-botol yang dah tak pakai lepas tu isi semua rempah-rempah tu masuk botol dan labelkan supaya senang kita nak cari.. cara saya yang terbaru ada kat bawah ni, lepas dah cedok idea kat Internet hehe.. cari botol-botol kecik dan letak label kat penutup botol tu so that bila kita letak botol rempah dalam laci, senang kita nak pilih. nak letak dalam kabinet/almari biasa pun boleh tapi label tu letak kat badan botol la.. senang nak tengok.
Label yang dah siap di print - label besar untuk bekas rempah yang besar sikit |
Label kecik untuk botol rempah yang jarang-jarang saya guna |
Ada jugak yang isi rempah dalam bekas yang bermagnet, lepas tu lekatkan aje kat peti ais ataupun permukaan yang bermagnet.. ok jugak idea ni..
comelnyer. itu jar apa tu?
ReplyDeleteAssalam Reen.. tu jar beli kat Daiso.. cute sangat tapi mahal la sebab kat Daiso semuanya RM5.. jar kecik ni pun harga 5 ringgit. kalau nak jimat boleh recycle baby food jar.. selamat mencuba!
ReplyDelete