11 November, 2012

DIY - Milkshake 'Blanket'


Terjumpa idea ni di Pinterest.. terus cuba buat untuk hadiah anak saudara yang baru lahir.. as easy as ABC.. apa yang diperlukan ialah:

1. recycled cups - lepas ni jangan buang bekas ice blended coffee.. hehe
2. nice straw - very very cheap..
3. receiving blankets - saya guna Bumble Bee receiving blanket
4. boleh decorate dengan reben atau butang yang comel-comel

selamat mencuba!










04 November, 2012

Pindah Rumah

Agak hadap juga bila nak pindah rumah kan? Paling leceh nak packing barang pastu nak unpack barang kat rumah baru pulak...
Since OS dah plan lama dah untuk pindah rumah ni, OS dah start kemas-kemas barang masuk kotak dan hantar barang-barang ni sikit demi sikit. Barang besar-besar je yang akan kena guna lori.


Untuk menyenangkan OS unpack dan kemas barang-barang kat rumah baru nanti, OS dah labelkan semua kotak dan beg ikut bilik or ruang mana yang patut diletakkan barang-barang tu. Kalau tak labelkan, lepas tu campur aduk semua kotak-kotak tu kat satu tempat je, sure makan masa nak kemas barang-barang tu balik.



Hopefully moving to a new house will be a smooth one dengan adanya colour coded labelling.. :)






25 October, 2012

Dessert Buffet Part III

OS baru je dapat kunci rumah baru dari developer so sekarang sangat-sangat busy sebab tengah packing barang dan jugak tengah perah idea untuk home deco nanti.. dari ruang foyer, ruang tamu, ruang makan, dapur, laundry area, bilik tetamu, master bedroom, bilik Sofea, bilik Faris, office area and bla bla bla... semua nak kena cari idea... i love doing this cuma masalah tak ada masa sebab kerja kat office selalu membuatkan OS stress.. salah satu cara OS hilangkan stress, (selain dari berzikir) ialah OS akan tengok-tengok atau create benda-benda comel... so, harapnya the last part of dessert buffet ni boleh hilangkan sikit stress di tempat kerja.. hahaha..

Kalau nak tanya apa-apa mengenai dessert buffet yang OS set up ni, please contact me ya? I will give personal tips, without the cost of hiring a party planner!









20 October, 2012

Latest Project: Dessert Buffet Part II

As promised, this is the final dessert buffet for a party on 20th Oct 2012.. semuanya hasil sentuhan OS without any help from a party planner.. tak hire party planner langsung coz rasanya boleh buat sendiri.. few tips untuk jimatkan kos bila set up dessert buffet:


Decoration


  1. Plan betul2 apa decoration yang kita nak letak - mesti eye catching
  2. Mesti kena dengan theme or theme colour
  3. Cari satu ruang untuk letak buffet, kalau boleh yang ada dinding kat belakang, senang nak gantung banner or bunting or posters. Banner/bunting/posters can act as the centre of the dessert buffet
  4. Kalau tak nak spend too much $$$ on printing labels, cupcake toppers or banner, boleh guna coloured paper dan create corak atas paper - ataupun create letters untuk nama birthday boy/girl. Boleh juga lekatkan huruf2 dari majalah lama... all you need is a little creativity/imagination.
OS punya decoration kat bawah ni, kosnya dalam RM20.. cuma untuk cupcake toppers tu, OS baru beli scallop punch yang harganya ialah RM79.90.. tapi ok la sebab next time boleh guna lagi. Rasanya ada bloggers yang sediakan perkhidmatan punch kan untuk kita cupcake toppers. Kos tak berapa pasti pulak.

DIY banner/bunting tak perlu perfect. cukup untuk tarik perhatian.. lagipun guests takkan check satu2 decoration party hahaha.

OS buat 4 je bunga kertas tisu tapi dah cukup bagi impact untuk deco party.

Theme Colour untuk party OS is pink/yellow


Video: DIY Dessert Buffet - Sebelum Majlis :)

Shoot video guna handphone je.. dahla tengah malam, budak-budak sedang tidur so suara tak berapa clear sangat, lighting pun tak cantik. Apa-apa hal, tunggu lepas majlis hari ni... Happy Birthday to me... hehe



17 October, 2012

Latest Project: Dessert Buffet

Ish.. baca title post ni pun dah rasa macam meleleh air liur imagine cakes, cupcakes, candies, chocolates, jellies yang disusun atas meja... yum yum.. boleh imagine tak? Kalau tengok dessert buffet orang lain memang rasa bestnya!! rasa macam nak buat parti yang ada dessert table jugakkk.. kalau boleh tiap kali ada birthday nak buat party.. 

Anyway, kos untuk buat dessert buffet sangatla mahal especially kalau kita hire party planner.. TAPI, kita masih boleh buat dessert buffet yang berbudget rendah.. macam mana caranya? Apa lagi, DIY lerrr...

Inilah project terbaru OS sempena birthday OS sendiri tak lama lagi... dan party ni jugak sempena birthday ayah OS and also for sister yang baru abis study Master.. actually Majlis Doa Selamat, tapi gatal tangan OS nak organize party with dessert buffet.. tapi kosnya rendah sebab guests yang dijemput ialah less than 20.. hahaha... lagi kecik saiz guests, lagi senang dan murah budgetnya.. insyaAllah..

Gambar2 kat bawah ni sneak peek untuk buffet tu nanti.. ni cuma sebahagian.. takleh tunjuk banyak sangat, nanti dah tak surprise.. lepas dah decorate cantik2, baru leh reveal the photo and OS akan share dengan semua readers macam mana nak buat dan macam2 lagi lah..

DIY Cupcake Toppers - my own design yang sangat simple but look so kawaii (cute!)



Haa.. macam tak best je.. mesti korang ingat pebenda ni, biasa la paper cup dgn straw, cupcake toppers semua tu, apa yang special nya??? haaaa... tunggu... ada nampak shower curtain tak kat atas tu? hehe.. pelik kan ? nak buat party tapi ada shower curtain pulakkk..  apa2 hal, tunggu lagi 4 hari...

13 October, 2012

DIY Cupcake Plate

First time jumpa project DIY ni kat Pinterest lepas tu terus tepuk dahi sebab pelik pulak kenapa tak pernah terfikir nak buat camni.. one of the best DIY projects yang dijumpai dari Pinterest... terus on the spot jugak pegi cari bahan2 yang sesuai dan murah.. and I LOVE IT!!!.. ni tengah fikir nak buat lagi banyak guna pinggan yang besar sikit dan cantik...






Kat bawah ni semua plates yang orang lain buat and they posted on the internet.. cantik cantik semuanya, macam-macam style ikut kreativiti masing-masing.. (mungkin OS akan addicted dengan project DIY ni... pengsan!)


Cake stand diy
http://maedchenmitherz.wordpress.com/2011/05/17/i-heart-yous-monday-errrr-tuesday/

DIY cake stand.
http://missprintdesign.blogspot.ca/search?updated-max=2011-12-01T11:36:00%252B13:00&max-results=7

diy cake stand
http://goldiloks.blogspot.com/2011/01/diy-too-pretty-cake-stand.html