Showing posts with label kitchen. Show all posts
Showing posts with label kitchen. Show all posts

05 December, 2012

Kitchen Pantry

Banyak benda yang buat OS drooling.. other than craft room, OS jugak drooling tengok kitchen pantry yang tersusun kemas.. 

Plan asal nak tutup bilik air ke-4 kat rumah kami nanti dan jadikannya pantry.. tapi sebab budget untuk extend bahagian belakang rumah untuk jadikan laundry area belum ada, OS terpaksa tukar bilik air tu jadi laundry area dulu (buat sementara waktu).. hopefully akan datang bila dah ada duit, boleh extend ruang belakang and boleh tukar bilik air tu jadi pantry! (drooling lagi bila imagine... ngeh ngeh)

Jom cuci mata dulu tengok pantry design dan cara susunan dari luar negeri - kot kot leh dapat idea bernas ye


sumber

sumber

nak lagi best, label kan semua balang dan bekas dalam pantry..


kitchen labels
http://blog.worldlabel.com/2012/kitchen-pantry-organizing-labels.html




for more ideas, boleh jenguk di Pinterest..




13 October, 2012

DIY Cupcake Plate

First time jumpa project DIY ni kat Pinterest lepas tu terus tepuk dahi sebab pelik pulak kenapa tak pernah terfikir nak buat camni.. one of the best DIY projects yang dijumpai dari Pinterest... terus on the spot jugak pegi cari bahan2 yang sesuai dan murah.. and I LOVE IT!!!.. ni tengah fikir nak buat lagi banyak guna pinggan yang besar sikit dan cantik...






Kat bawah ni semua plates yang orang lain buat and they posted on the internet.. cantik cantik semuanya, macam-macam style ikut kreativiti masing-masing.. (mungkin OS akan addicted dengan project DIY ni... pengsan!)


Cake stand diy
http://maedchenmitherz.wordpress.com/2011/05/17/i-heart-yous-monday-errrr-tuesday/

DIY cake stand.
http://missprintdesign.blogspot.ca/search?updated-max=2011-12-01T11:36:00%252B13:00&max-results=7

diy cake stand
http://goldiloks.blogspot.com/2011/01/diy-too-pretty-cake-stand.html

06 March, 2012

Susun Bekas Rempah / Organizing Herbs

Kebanyakkan rempah kat Malaysia ni dijual dalam paket dan agak rimas jugak tengok rempah yang berpaket-paket pastu kena ikat getah everytime kita dah habis memasak.. selalunya paket-paket rempah tu bersepah-sepah kat dalam laci atau kabinet dapur.. rasanya semua orang pernah alami benda yang sama kan? so, macam mana nak susun dan kemaskan rempah2 kat dapur tu? 

Actually ada banyak cara, salah satunya ialah cari botol-botol yang dah tak pakai lepas tu isi semua rempah-rempah tu masuk botol dan labelkan supaya senang kita nak cari.. cara saya yang terbaru ada kat bawah ni, lepas dah cedok idea kat Internet hehe.. cari botol-botol kecik dan letak label kat penutup botol tu so that bila kita letak botol rempah dalam laci, senang kita nak pilih. nak letak dalam kabinet/almari biasa pun boleh tapi label tu letak kat badan botol la.. senang nak tengok.

Label yang dah siap di print - label besar untuk bekas rempah yang besar sikit

Label kecik untuk botol rempah yang jarang-jarang saya guna 









Ada jugak yang isi rempah dalam bekas yang bermagnet, lepas tu lekatkan aje kat peti ais ataupun permukaan yang bermagnet.. ok jugak idea ni..

23 February, 2012

Daiso dah ada kat Mines Shopping Mall!


Kedai favourite ku akhirnya dibuka dekat dengan rumah kami.. at Mines Shopping Mall! - selalu je pegi Mines tapi tak perasan pulak bila diorang bukak ni.. 

Pada sesiapa yang tak pernah pegi, mesti tertanya-tanya apa yang best sangat Daiso ni?? Memang best wa cakap lu.. pegi la jenguk sekali.. macam-macam ada..

Anyway, kat Daiso ni ada banyak barang untuk home organizing jugak.. All sorts of baskets, drawers dan bekas ada kat sini. Kalau kita kreatif, macam-macam barang boleh jumpa kat sini..

This time around, saya beli few things je.. tapi relevant dengan home organizing.. ini dia.. semua barang harganya RM5 satu.. okla, certain barang memang value for money..




Clear tray untuk macam-macam kegunaan..

Saya guna untuk organize botol perfumes




Ni lazy susan kecik - also called seasoning tray.. very practical
Kalau letak seasoning kat tempat tinggi, boleh pusing je.. tak payah jenguk dan tercari-cari

Macam-macam lagi la barang yang ada kat Daiso tu.. memang best.. most of the stuff are cute and kawaii.. ;-)

Oh.. pastel colour mugs kat bawah ni pun dibeli di Daiso dulu.. super sweet..

{ still tak tau camne nak betulkan gambar senget ni }

15 February, 2012

Organize Peti Ais

Satu lagi tempat yang kita tak ambik pot bila kemas rumah ialah peti ais.. betul tak? asal kita boleh sumbat apa-apa je kat dalam tu, kira ok la.. most people ingat sebab tak ada sape-sape pun yang nak tengok peti ais kita, takkan tetamu datang nak bukak peti ais kot...

Apa salahnya kita organize elok-elok? bukan untuk tetamu nak tengok tapi untuk kita tengok dan senang kita nak ambik barang.. peti ais pun tak berbau..

Macam mana saya susun bahan-bahan makanan dalam fridge? sama macam freezer, saya letak semua makanan dalam bekas yang ada penutup untuk elakkan dari fridge berbau. Seeloknya bekas yang transparent dan susun dengan kemas supaya senang kita nak ambik..

{ peti ais saya lepas disuntik 'botox' }



Sebelum organize peti ais, pastikan kita keluarkan semua barang-barang dalam tu sebab mungkin ada yang dah expired, yang tak guna berbulan-bulan so semua yang ada ciri-ciri ni sila buang.. lepas dah punggah semua barang, lap peti ais kalau ada kotoran atau ada air tertumpah ke apa.. lepas dah bersihkan barulah kita susun bekas makanan tu..

Dah cuba buat? kalau dah, boleh share gambar dengan saya.. enjoy organizing!

{ cara susun ikan masin dan bilis yang diberi nafas baru hehe }

14 February, 2012

Lazy Susan

Ramai jugak orang tak tau apa tu Lazy Susan? sape Susan yang pemalas ni? hehe.. kalau nak tau apa dia, tengok photos kat bawah ni. Apa kegunaan lazy susan? biasanya orang letak atas dining table yang bulat so that senang semua org nak ambik food - pusing-pusing kan aje lazy susan tu. biasanya kita nampak kat chinese restaurant or hotel banquet yang sediakan meja bulat yang besar.

Rasanya kat Malaysia ni tak berapa famous lagi lazy susan sebagai salah satu alatan untuk organize rumah. Pada sesiapa yang ada kitchen cabinet yang tinggi dan besar ruangnya, boleh guna lazy susan untuk simpan alatan-alatan memasak sebab kadang-kadang kita tak nampak apa yang ada kat hujung cabinet yang paling dalam. Paling teruk, nak ambik satu barang je yang kita letak kat belakang kabinet, last-last kena keluarkan semua barang dalam tu sebab tak nampak barang yang kita nak ambik.

Bila letak lazy susan, kita cuma pusingkan aje benda alah ni dan tadaaa... senang nak tengok dan capai apa-apa yang tersorok.

Mana nak dapat Lazy Susan yang tak besar sangat? So far kat Malaysia ni saya jumpa lazy susan kat Ikea.. tempat lain macam susah sikit. Kalau ada pun, mungkin mahal sikit. Another tips yang boleh saya bagi ialah tempah lazy susan or kalau cik abang jenis yang suka bertukang, boleh suruh dia buatkan.. nampak macam senang hehehe.. 


{ contoh Lazy Susan dibeli dari Ikea }


SNUDDA Lazy Susan   Turning function in base; easy to serve from.

SNUDDA
Lazy Susan, solid wood birch

RM25 - Ikea




Idea-idea lain yang boleh dicedok..


credit picture - http://www.addspacetoyourlife.com


DIY Lazy Susan (untuk sesiapa yang rajin bertukang)

Boleh refer ke link di bawah..



12 February, 2012

Organize Freezer

Entry yang lepas saya cerita cara nak organize drawer, sekarang macam mana nak organize peti ais pulak. Mak saya selalu bagi tips macam mana nak kemas/susun barang dalam peti ais. Sebelum tu saya tak ambik pot pun dengan cara mak saya kemas peti ais dia sebab saya tak tau kenapa kena kemas cara tu so now, biar saya explain sikit.
Untuk freezer, semua makanan basah kena bungkus atau tutup dalam bekas supaya freezer kita tak berbau.. kalau tak tutup ikan-ikan, ayam, daging semua tu mesti bau punya la peti ais kita sebab bila freezer berbau, satu peti ais pun ada bau jugak..
Lepas tu, bila nak susun makanan basah tu, pastikan kita dah set berapa banyak kita nak masak dalam satu masa.. ni untuk mengelakkan kita dari sentiasa keluarkan ikan-ikan tu tapi lepas tu letak balik.. sure dah tak fresh by the time kita keluarkan selonggok ikan untuk kali ke-5!!
Kalau nak lagi kemas, semua fish balls, fish cake, nuggets ke letak dalam bekas yang transparent. Bekas transparent buat kita senang nak tengok apa yang ada dalam tu..
Bekas untuk freezer yang paling famous ialah brand Tupperware.. tapi kalau nak murah sikit rasanya bekas Apple Lady pun ok... untuk yang nak lagi jimat, boleh tiru cara saya.. guna bekas ais krim! Kebetulan suami saya suka sangat makan aiskrim Walls Selection, bekas nya agak tranparent... maybe bila dah pindah nanti saya beli bekas yang elok sikit untuk freezer... bagus jugak guna bekas ais krim sebab bila beli aiskrim, anak-anak tak mintak sebab bekas ais krim dengan bekas ikan sama aje.. hahaha..







Of course la tak boleh lawan Tupperware kan? they look very nice and neat..




{ Cepat cari Tupperware dealer ;) }