25 October, 2012

Dessert Buffet Part III

OS baru je dapat kunci rumah baru dari developer so sekarang sangat-sangat busy sebab tengah packing barang dan jugak tengah perah idea untuk home deco nanti.. dari ruang foyer, ruang tamu, ruang makan, dapur, laundry area, bilik tetamu, master bedroom, bilik Sofea, bilik Faris, office area and bla bla bla... semua nak kena cari idea... i love doing this cuma masalah tak ada masa sebab kerja kat office selalu membuatkan OS stress.. salah satu cara OS hilangkan stress, (selain dari berzikir) ialah OS akan tengok-tengok atau create benda-benda comel... so, harapnya the last part of dessert buffet ni boleh hilangkan sikit stress di tempat kerja.. hahaha..

Kalau nak tanya apa-apa mengenai dessert buffet yang OS set up ni, please contact me ya? I will give personal tips, without the cost of hiring a party planner!









20 October, 2012

Latest Project: Dessert Buffet Part II

As promised, this is the final dessert buffet for a party on 20th Oct 2012.. semuanya hasil sentuhan OS without any help from a party planner.. tak hire party planner langsung coz rasanya boleh buat sendiri.. few tips untuk jimatkan kos bila set up dessert buffet:


Decoration


  1. Plan betul2 apa decoration yang kita nak letak - mesti eye catching
  2. Mesti kena dengan theme or theme colour
  3. Cari satu ruang untuk letak buffet, kalau boleh yang ada dinding kat belakang, senang nak gantung banner or bunting or posters. Banner/bunting/posters can act as the centre of the dessert buffet
  4. Kalau tak nak spend too much $$$ on printing labels, cupcake toppers or banner, boleh guna coloured paper dan create corak atas paper - ataupun create letters untuk nama birthday boy/girl. Boleh juga lekatkan huruf2 dari majalah lama... all you need is a little creativity/imagination.
OS punya decoration kat bawah ni, kosnya dalam RM20.. cuma untuk cupcake toppers tu, OS baru beli scallop punch yang harganya ialah RM79.90.. tapi ok la sebab next time boleh guna lagi. Rasanya ada bloggers yang sediakan perkhidmatan punch kan untuk kita cupcake toppers. Kos tak berapa pasti pulak.

DIY banner/bunting tak perlu perfect. cukup untuk tarik perhatian.. lagipun guests takkan check satu2 decoration party hahaha.

OS buat 4 je bunga kertas tisu tapi dah cukup bagi impact untuk deco party.

Theme Colour untuk party OS is pink/yellow


Video: DIY Dessert Buffet - Sebelum Majlis :)

Shoot video guna handphone je.. dahla tengah malam, budak-budak sedang tidur so suara tak berapa clear sangat, lighting pun tak cantik. Apa-apa hal, tunggu lepas majlis hari ni... Happy Birthday to me... hehe



17 October, 2012

Latest Project: Dessert Buffet

Ish.. baca title post ni pun dah rasa macam meleleh air liur imagine cakes, cupcakes, candies, chocolates, jellies yang disusun atas meja... yum yum.. boleh imagine tak? Kalau tengok dessert buffet orang lain memang rasa bestnya!! rasa macam nak buat parti yang ada dessert table jugakkk.. kalau boleh tiap kali ada birthday nak buat party.. 

Anyway, kos untuk buat dessert buffet sangatla mahal especially kalau kita hire party planner.. TAPI, kita masih boleh buat dessert buffet yang berbudget rendah.. macam mana caranya? Apa lagi, DIY lerrr...

Inilah project terbaru OS sempena birthday OS sendiri tak lama lagi... dan party ni jugak sempena birthday ayah OS and also for sister yang baru abis study Master.. actually Majlis Doa Selamat, tapi gatal tangan OS nak organize party with dessert buffet.. tapi kosnya rendah sebab guests yang dijemput ialah less than 20.. hahaha... lagi kecik saiz guests, lagi senang dan murah budgetnya.. insyaAllah..

Gambar2 kat bawah ni sneak peek untuk buffet tu nanti.. ni cuma sebahagian.. takleh tunjuk banyak sangat, nanti dah tak surprise.. lepas dah decorate cantik2, baru leh reveal the photo and OS akan share dengan semua readers macam mana nak buat dan macam2 lagi lah..

DIY Cupcake Toppers - my own design yang sangat simple but look so kawaii (cute!)



Haa.. macam tak best je.. mesti korang ingat pebenda ni, biasa la paper cup dgn straw, cupcake toppers semua tu, apa yang special nya??? haaaa... tunggu... ada nampak shower curtain tak kat atas tu? hehe.. pelik kan ? nak buat party tapi ada shower curtain pulakkk..  apa2 hal, tunggu lagi 4 hari...

13 October, 2012

DIY Cupcake Plate

First time jumpa project DIY ni kat Pinterest lepas tu terus tepuk dahi sebab pelik pulak kenapa tak pernah terfikir nak buat camni.. one of the best DIY projects yang dijumpai dari Pinterest... terus on the spot jugak pegi cari bahan2 yang sesuai dan murah.. and I LOVE IT!!!.. ni tengah fikir nak buat lagi banyak guna pinggan yang besar sikit dan cantik...






Kat bawah ni semua plates yang orang lain buat and they posted on the internet.. cantik cantik semuanya, macam-macam style ikut kreativiti masing-masing.. (mungkin OS akan addicted dengan project DIY ni... pengsan!)


Cake stand diy
http://maedchenmitherz.wordpress.com/2011/05/17/i-heart-yous-monday-errrr-tuesday/

DIY cake stand.
http://missprintdesign.blogspot.ca/search?updated-max=2011-12-01T11:36:00%252B13:00&max-results=7

diy cake stand
http://goldiloks.blogspot.com/2011/01/diy-too-pretty-cake-stand.html

12 October, 2012

My Favourite Fine Dining Place - Little White Cafe

Suka sangat dengan restoran LWC ni yang terletak di Bandar Baru Bangi.. first time ternampak restoran ni, terus jatuh cinta.. masa tu awal tahun 2012 tapi sebab tak ada jodoh, 2 kali pergi restoran ni tutup.. After few days, berjaya masuk for the first time.. lepas tu pegi lagi dengan my sis.. and then masa anniversary ke 7 hari tu (in Sept), my husband surprise kan dengan romantic dinner for 2  kat LWC.. niceee..... :)

Not only the food is exquisitely prepared, deko restoran ni pun sangat2 cun! the interior style that i have in my mind all this while.. English style tapi tak banyak sangat bunga2.. paling best the main colour is WHITE!

Enjoy tengok gambar2 ni ye?









10 October, 2012

Projek Tetap Jalan - Bunga Kertas Tisu

Uishh.. dah 2 bulan tak update blog! Sampai ada yang tanya bila nak update blog ni, macam dah bersawang.. hahahaha.. kata Organized Suri ye? patutnya update blog pun kena organize jugak...
YA BETUL!! - will try my best to show good examples to all readers.. no matter how busy I am, kena jugak update blog ni kan? 
Walaupun OS (OrganizedSuri) busy memanjang, few projects tetap jalan.. especially projek mencedok ideas for organizing and home decoration.. still menghitung hari nak pindah rumah baru di mana segala organizing projek akan di lakukan secara besar besaran! muahahahhahaaha...

Anyway, yang kat bawah ni bukan la organizing project tapi craft project yang terjumpa kat YouTube menggunakan kertas tisu.. kebetulan memang ada kertas tisu yang tak diguna lagi, terus try test project ni.. 
Gubahan bunga dari kertas tisu ni boleh diguna untuk party deco or gift deco macam yang OS dah buat sendiri ni.. memang cun..

Dan kos nak buat deco guna kertas tisu tersangat la murah! OS sangat2 recommend readers semua try buat bunga kertas tisu ni.. enjoy crafting!










Nak tau macam mana nak gubah bunga ni? Haa.... sila tonton video kat bawah.. OS nak prepare the next entry pulak... Selamat Mencuba!