22 July, 2012

Organize Rumah untuk Ramadhan

Selalunya kita kemas rumah bila nak dekat raya je, sebelum masuk Ramadhan jarang2 orang kemas rumah. Why not kemas rumah untuk sambut Ramadhan? Di bulan yang mulia ni, lagi elok kalau kita check semula decoration dalam rumah kita. Make sure kita tak jadikan patung-patung sebagai hiasan, ataupun gambar-gambar hidupan yang complete - even family portrait pun rasanya kena hati2 jugak. Takut malaikat rahmat tak masuk rumah.

Anyway, since saya ambik cuti a week before puasa, sempatla kemas2 rumah sikit. Lagipun memang dah lama saya nak simpan semua file-file encik suami yang bersepah-sepah kat dalam bilik. Memang sakit mata tiap-tiap hari tengok barang-barang bersepah ni. Firstly, saya punggah/keluarkan semua barang-barang yang menyakitkan pandangan mata macam dalam gambar kat bawah.. ambik kau.. macam tempat pembuangan sampah..


Lepas tu saya susun semua benda alah ni masuk dalam kotak besar yang kami beli kat Ikea.. harga dalam RM6 satu kotak - kotak ni rendah tapi besar so muat file-file besar..


Ok, lepas dah sumbat semua barang dalam kotak ni, saya cari pulak barang-barang kat bawah - Sheet Protectors, kertas A4 (yang colourful lagi bagus), double sided tape and marker.


"So, apa kena mengena semua benda ni dengan nak kemas barang-barang masuk kotak?" 

Ahah!

Setakat ni, saya rasa ni idea saya la, unless dah ada orang lain buat long time ago.. sebab saya tak nak tercari2 pulak semua barang-barang yang saya sumbat masuk kotak tu, saya letak label kat luar kotak.. tak payah nak waste time cari satu barang pastu bukak semua kotak. Dahla corak kotak sama je.. (saya ada 4 kotak yang macam ni)
Lagi senang letak sheet protector sebab bila saya guna kotak ni untuk letak barang lain, saya hanya perlu gantikan A4 paper tu.. 




Ok, lepas dah siap semua ni, saya tolak kotak-kotak ni letak bawah katil.. maybe lagi sebulan atau dua bulan baru kami bukak semula kotak ni.. takde sakit mata dah tengok semua tu kat dalam bilik.. Alhamdulillah.. lega.. settle satu masalah :)




17 July, 2012

Makeover bedroom dresser

Tajuknya makeover tapi lupa pulak nak ambik gambar 'before'. Ada gambar 'after' je.. tapi kalau saya describe rasanya readers semua boleh agak macam mana rupa bentuk dresser saya sebelum makeover.. saya selalu susun dresser ni bagi nampak teratur sikit tapi encik suami suka letak segala harta karun atas dresser ni. Saya jenis yang suka sorok barang2 yang tak perlu ada depan mata especially barang2 yang tak cantik langsung dan takde nilai2 komersil untuk jadi barang hiasan tapi encik suami bukan jenis macam tu. 

Akhirnya, 5-6 bulan sebelum nak pindah rumah baru (insyaAllah), saya berjaya jugak transform kan dresser ni jadi menarik sikit.. if not, sebelum ni macam tempat pembuangan sampah - penuh dengan resit2, duit, newspaper pun campak kat atas dresser.. (-.-')

(bila dresser dah cantik, encik suami tanya - "mana space untuk abang?") hahahaha.. tu lah.. sape suruh sepahkan almari ni.. itupun ada lagi niat dia nak campak barang2.. adoii..



Saya suka dresser putih tapi sebab yang ni dah lama beli since 2006, pakai aje la.. nanti pindah rumah baru boleh beli dresser baru, insyaAllah..



Sebenarnya kalau nak lagi cantik, kena letak frame cermin atau frame gambar besar kat dinding putih tu, takde la nampak kosong sangat.. cermin bulat yang cantik tu saya beli RM10 je.. kalau tak tengok betul2 sure semua org ingat tu cermin silver.. hehe.. actually cermin tu plastik aje..tapi nampak cantik pulak





Dresser korang macam mana pulak? jom share!

Mood Board Bilik Sofea

Hari ni siapkan mood board untuk bilik Sofea pulak. Nampak macam takde beza dengan bilik mama nya tapi sebenarnya colour palette nya lain sikit. Saya still nak colour pink untuk bilik Sofea tapi tak nak warnanya terlalu bright.. kalau boleh warna peach lebih banyak dari pink. Agak2 mana saya nak dapatkan items kat dalam gambar ni? haa.. boleh check it out kat bawah..
sofea's room


{ nampak macam bendera Italy pulak haha }

  1. The pink stripes tu untuk dinding - boleh cat belang2 macam tu tapi saya akan pilih warna yang lagi lembut dan lebih kepada warna peach.
  2. Katil dengan headboard macam tu rasanya senang nak cari kat kedai perabot. Nanti dah nak pindah baru cari.. hehe kalau tak jumpa jugak, beli katil Ikea la jawabnya.
  3. Beddings - tak sure lagi. Maybe saya akan intai2 kat Robinsons, Parkson, Metrojaya atau Jusco.. ataupun campur2 dari semua tempat yang saya jumpa.
  4. Lampu gantung tu agak mencabar sikit. Rasanya susah nak jumpa kalau cari sebijik macam ni tapi boleh cari kat Ikea, Aldo ataupun mana2 kedai lampu yang besar2 tu.
  5. Dresser - either Snoozeland atau Ikea
  6. Cermin besar - Ikea ada kot
  7. Bedside table - ada design yang sama di Ikea, ataupun mana2 kedai perabot ada jual simple bedside table, asalkan warna putih.
  8. Karpet - mana2 kedai karpet asalkan diorang boleh bagi warna macam ni.
  9. Book case - Snoozeland (RM299) atau Ikea.
  10. Langsir - nak survey kat SSF.


16 July, 2012

Mood Board untuk bilik tidur

Sangat happy today! Just finished my very first mood board for my new bedroom.. 
Phewww.. penat gile nak belek satu2 item kat dalam gallery website ni.. memang rasa nak terjojol bijik mata tapi hasilnya sangat best! Tadaa... this is what I have in mind untuk rumah baru nanti.. ni untuk bilik kami.. harapnya dapatla jadikan gambar kat bawah ni satu realiti.. huhuhu..

Masalahnya sekarang, mana nak cari barang2 ni semua kat Malaysia? nanges... :D

candy glam
colour palette saya:






nak create mood board jugak? boleh try Olioboard

15 July, 2012

Organizing drawer / Susunan dalam laci

Suami saya selalu sepahkan drawer almari dalam bilik kami. Sepatutnya drawer tu saya yang punya dan saya letak barang2 saya i.e: make up, toiletries & etc.. (actually saya tak pakai make up pun, once a year je, gediks masa company's annual dinner)
Memang tension bila bukak2 drawer yang dah kita kemas, jadi bersepah balik. Sebelum ni saya selalu susun barang2 dalam laci ni macam biasa je tapi sebab rimas dengan encik suami yang suka sepahkan barang2 saya, saya cuba cara lain pulak (selalunya barang yang encik suami cari takde pun kat dalam tu.. memang menguji kesabaran sebab drawer bersepah2)
Today saya kemas balik laci ni dan saya letak divider yang saya guna dari bahan2 recycle.. sebelum ni kalau bukak laci, saya kena selak barang2 tu untuk cari barang2 yang ada kat bawah. Now tak payah tercari2 lagi sebab saya susun barang2 dalam laci tu secara tegak - most of the stuff la.. ada jugak yang terbaring.. hehe

Alat make up saya yang ala kadar tu, saya letak dlm satu bekas transparent.. senang nak keluarkan satu family make up tu dan saya boleh nampak semua alat yang saya ada.. kalau letak dlm beg make up yang common tu, memang akan bersepah-sepah dan wasting time nak cari.


{ saya tak tipu, memang make-up saya ala kadar sangat2 }

{ bukak laci je, terus nampak semua benda.. senang nak cari!  itu yang penting}


**Hehe sila abaikan shaver yang bertimbun2 tu
{ saya guna kotak2 yang sedia ada untuk divide ruang dalam laci, dan jugak gelas kecik yang dah tak pakai untuk letak barang2 kecik so that dia tak hilang dari pandangan mata.. shavers tu saya sumbat dalam bekas seramik yang dapat masa  attend wedding.. jimat duit heee... }

{ close up sikit }


07 July, 2012

Ramadhan al Mubarak

InsyaAllah kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang tinggal lebih kurang 2 minggu lagi..

Sepatutnya checklist aktiviti-aktiviti sebelum Ramadhan kita dah checked semua by this time.. macam ganti puasa, bayar fidyah (kalau ada)..

Marilah sama-sama berpesta ibadah lagi pada tahun ini dan Organized Suri ambik cuti 2 minggu khas untuk menyambut Ramadhan, sama macam tahun-tahun lepas jugak. Cuti panjang untuk berpesta ibadah, insyaAllah.. 

Macam biasa, dah nama pun Organized Suri, saya memang suka dengan checklist2 ni.. salah satu checklist yang saya jumpa di internet untuk bulan puasa ni. Boleh la cedok idea nya sikit, kalau nak lagi cantik letak colour sikit, amend la apa-apa yang patut..


{ sumber }






{ tips untuk khatam Quran di bulan puasa }

06 July, 2012

Susun Buku / Organizing Books

Salam semua readers!
Dah berkurun tak berblog.. tiba-tiba semangat datang balik lepas ada blogger lain link kan Organized Suri dalam blognya dan rupanya ada jugak geng yang ada minat yang sama dengan Organized Suri kat Malaysia ni.. hihi.. leh bukak kelab..

Ok, kali ni nak tengok cara2 susun buku.. saya memang suka buku.. suka baca, suka tengok, suka susun dan suka dikelilingi dengan buku.. dengar macam tak betulkan? tapi itula perangai pelik saya.. dan kerana saya suka dikelilingi buku, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah saya dapat jadi librarian. Yang kelakarnya masa form 2 siap ada interview untuk jadi librarian dan jawapan ikhlas saya pada cikgu yang jaga library masa tu adalah apa yang saya cakap kat atas.. "saya suka buku, dan suka buat kerja yang berkaitan dengan buku.." - on the spot cikgu tu lantik saya jadi librarian.. lepas tu baru saya sedar yang cikgu tu ambik saya jadi librarian sebab jawapan saya tu dan memang betul saya kena buat kerja dengan buku.. every year end mesti library kena tutup few weeks and librarian semua kena buat inventory! kira stok buku! hahaha.. memang best! imagine ratus2 or ribu2 buku dalam library semua kena rekod.

Dan kerana minat dengan buku, sejak sekolah lagi saya dah pasang angan2 nak buat mini library kat rumah.. sekarang sebab apartment pun dah mini, library saya sekarang micro mini je.. tak sabar tunggu rumah baru nak buat mini library yang betul2 punya... (slurrrppp... cakap pasal buku buat saya excited)..

Anyway, macam2 style ada untuk susun buku ni, tak semestinya susun atas rak, ada yang susun dalam laci (senang nak tengok title buku) dan ada jugak yang susun atas lantai je tapi still nampak tersusun..

Yang paling ekstrem ialah yang jenis susun ikut warna.. memang cun habis.. amek kau.. memang rajin tahap gaban la orang yang susun buku macam ni..