28 February, 2012

Checklist untuk Kemas Rumah

Dah beberapa hari tak update blog sebab pembantu rumah balik kampung dan saya terpaksa buat semua kerja termasuklah doing inspection mana-mana area dalam rumah yang maid saya tak cuci lagi.. rupanya ada lagi tempat-tempat yang dia missed.. rasanya dia busy jaga budak-budak yang makin lasak ni.. mama pun rasa penat giler melayan karenah diorang...

So, macam mana nak make sure kita atau maid kita tak missed cuci/kemas/bersihkan tempat-tempat dalam rumah kita? Dah lama ada dalam fikiran nak buat checklist tapi sebab busy, selalu lupa... akhirnya saya berjaya siapkan checklist yang dibuat sendiri menggunakan Microsoft Office Publisher.. simple aje.. tak payah software yang gempak-gempak.. as long as colour yang kita pilih untuk checklist tu cantik sikit... saya pilih warna favourite la.. pastel colours.

Kalau Google 'checklist for house cleaning' sure kita terjumpa banyak websites yang offer free printable checklist, boleh jugak nak cuba..





Nak dapatkan checklist dari lain-lain website?


Six Things to Do Every Day
from Martha Stewart's website
from Clean Mama blog
from ClutterBug.Me

23 February, 2012

Daiso dah ada kat Mines Shopping Mall!


Kedai favourite ku akhirnya dibuka dekat dengan rumah kami.. at Mines Shopping Mall! - selalu je pegi Mines tapi tak perasan pulak bila diorang bukak ni.. 

Pada sesiapa yang tak pernah pegi, mesti tertanya-tanya apa yang best sangat Daiso ni?? Memang best wa cakap lu.. pegi la jenguk sekali.. macam-macam ada..

Anyway, kat Daiso ni ada banyak barang untuk home organizing jugak.. All sorts of baskets, drawers dan bekas ada kat sini. Kalau kita kreatif, macam-macam barang boleh jumpa kat sini..

This time around, saya beli few things je.. tapi relevant dengan home organizing.. ini dia.. semua barang harganya RM5 satu.. okla, certain barang memang value for money..




Clear tray untuk macam-macam kegunaan..

Saya guna untuk organize botol perfumes




Ni lazy susan kecik - also called seasoning tray.. very practical
Kalau letak seasoning kat tempat tinggi, boleh pusing je.. tak payah jenguk dan tercari-cari

Macam-macam lagi la barang yang ada kat Daiso tu.. memang best.. most of the stuff are cute and kawaii.. ;-)

Oh.. pastel colour mugs kat bawah ni pun dibeli di Daiso dulu.. super sweet..

{ still tak tau camne nak betulkan gambar senget ni }

19 February, 2012

DIY Fabric Notice Board



Dah lama ada dalam kepala nak buat projek ni tapi tak ada kesempatan. This weekend akhirnya berjaya jalankan projek yang best gile.. memang excited masa imagine dalam kepala apa yang nak kena beli.. selalu saya tengok dalam home deco magazine je.. Ok mari kita start macam mana nak buat fabric notice board yang anggun ni..

Mula-mula dapatkan notice board biasa.. agak mahal jugak yang saya beli kat stationery shop ni, around RM18.. rasanya ada notice board murah sikit kat Daiso.. kenyataannya notice board macam ni memang nampak sangat dull dan boring.. jom add some 'spices'..


Pastikan belakang notice board ni dari jenis papan sebab senang nanti nak staple kan fabric. Seterusnya, apa lagi kalau bukan kain.. ikut suka hati nak kain apa dan corak macam mana, terpulang pada kreativiti.. saya pilih kain langsir murah je.. tak payah beli banyak. Yang ni semeter je RM13.50.. cukupla semeter tu, rasanya siap ada lebih lagi kain ni.


Seterusnya.. dapatkan ribbon yang colournya matching dengan kain untuk notice board.. kalau boleh cari yang cantik-cantik sikit.. saya punya ribbon yang memang dah sedia ada.. dibeli dalam 2 tahun lepas untuk buat barang kraf yang lain.. rasanya ni beli online dulu.. tak ingat harga..


Lepas tu, make sure ada thumb tack.. Ok, first step, senang macam ABC.. bungkuskan aje notice board tu dengan kain tu.. staple kan bahagian belakang menggunakan stapler besar.. stapler kecik pun boleh kalau bahagian belakang board tu nipis dan lembut. 


Nampak tak? senangkan? tak sampai 10 minit nak bungkus board tu.. ok, lepas tu letak ribbon ikut corak macam kat bawah ni dan lekat kan thumb tack di bahagian ribbon tu berselisih - ni untuk kemaskan ribbon-ribbon tu.. ikut gambar bawah..





Kalau nak letak button untuk cover thumb tack pun boleh.. nampak elok sikit.. so, macam mana? agak-agak boleh cuba sendiri lepas tu share la dengan saya.. Selamat Mencuba!


17 February, 2012

Cara Organized Suri Sambut Orang Baru

Memang tak dinafikan lagi yang saya memang teramat suka dengan sesuatu yang organized (iyer.. tengok title blog pun dah tauu..) - masa mula-mula confirm yang saya berbadan dua untuk second child dalam tahun 2009 dulu, saya terus siapkan checklist sebagai preparation nak sambut baby baru.. 

Apa checklist saya buat? Ambik ko.. satu buku saya bindingkan dengan segala checklist dan info masa mengandung dan masa berpantang. Sebab apa saya buat semua ni? Actually ni salah satu persediaan mental untuk saya sebab masa saya lahirkan Faris (anak first), selama 9 bulan mengandung takde sape yang inform tentang all the challenges masa berpantang dan macam mana keadaan nya.. masa tu saya bayangkan yang indah-indah saje.. tup tup bila dah beranak, anak dapat demam kuning, demam panas, keluar masuk hospital, mamanya pulak sakit bekas jahitan, sakit nak buang air, tak dapat rehat and tidur yang cukup, baby melalak tak ingat dunia, susu tak keluar, tak pasti apa boleh makan, apa yang tak boleh, bingung dengan cara nak turunkan berat badan, tiba-tiba emosi/hormon berubah sampai dah masuk tahap depression level 1 dan macam-macam lagilah..

Bila buat checklist barang apa nak beli, petua berpantang, resepi untuk masa pantang dan lain-lain lagi barula rasa tenang sikit during pregnancy tu.. at least dah tau what to expect.

Maybe readers semua ada cara tersendiri masa pregnant dan berpantang? Boleh la share dengan saya.. ;)
{ masa ni excited giler nak dapat 2nd baby }

{ first page ada checklist barang-barang yang perlu ada }

{ resepi masa berpantang }


{ tips masa berpantang.. }



{ barang-barang baby yang dah dibeli - ikut checklist yang dah prepare tu }





Geram pulak tengok barang-barang baby ni, rasa macam nak pregnant lagi.. hahaha

15 February, 2012

Organize Peti Ais

Satu lagi tempat yang kita tak ambik pot bila kemas rumah ialah peti ais.. betul tak? asal kita boleh sumbat apa-apa je kat dalam tu, kira ok la.. most people ingat sebab tak ada sape-sape pun yang nak tengok peti ais kita, takkan tetamu datang nak bukak peti ais kot...

Apa salahnya kita organize elok-elok? bukan untuk tetamu nak tengok tapi untuk kita tengok dan senang kita nak ambik barang.. peti ais pun tak berbau..

Macam mana saya susun bahan-bahan makanan dalam fridge? sama macam freezer, saya letak semua makanan dalam bekas yang ada penutup untuk elakkan dari fridge berbau. Seeloknya bekas yang transparent dan susun dengan kemas supaya senang kita nak ambik..

{ peti ais saya lepas disuntik 'botox' }



Sebelum organize peti ais, pastikan kita keluarkan semua barang-barang dalam tu sebab mungkin ada yang dah expired, yang tak guna berbulan-bulan so semua yang ada ciri-ciri ni sila buang.. lepas dah punggah semua barang, lap peti ais kalau ada kotoran atau ada air tertumpah ke apa.. lepas dah bersihkan barulah kita susun bekas makanan tu..

Dah cuba buat? kalau dah, boleh share gambar dengan saya.. enjoy organizing!

{ cara susun ikan masin dan bilis yang diberi nafas baru hehe }

14 February, 2012

Lazy Susan

Ramai jugak orang tak tau apa tu Lazy Susan? sape Susan yang pemalas ni? hehe.. kalau nak tau apa dia, tengok photos kat bawah ni. Apa kegunaan lazy susan? biasanya orang letak atas dining table yang bulat so that senang semua org nak ambik food - pusing-pusing kan aje lazy susan tu. biasanya kita nampak kat chinese restaurant or hotel banquet yang sediakan meja bulat yang besar.

Rasanya kat Malaysia ni tak berapa famous lagi lazy susan sebagai salah satu alatan untuk organize rumah. Pada sesiapa yang ada kitchen cabinet yang tinggi dan besar ruangnya, boleh guna lazy susan untuk simpan alatan-alatan memasak sebab kadang-kadang kita tak nampak apa yang ada kat hujung cabinet yang paling dalam. Paling teruk, nak ambik satu barang je yang kita letak kat belakang kabinet, last-last kena keluarkan semua barang dalam tu sebab tak nampak barang yang kita nak ambik.

Bila letak lazy susan, kita cuma pusingkan aje benda alah ni dan tadaaa... senang nak tengok dan capai apa-apa yang tersorok.

Mana nak dapat Lazy Susan yang tak besar sangat? So far kat Malaysia ni saya jumpa lazy susan kat Ikea.. tempat lain macam susah sikit. Kalau ada pun, mungkin mahal sikit. Another tips yang boleh saya bagi ialah tempah lazy susan or kalau cik abang jenis yang suka bertukang, boleh suruh dia buatkan.. nampak macam senang hehehe.. 


{ contoh Lazy Susan dibeli dari Ikea }


SNUDDA Lazy Susan   Turning function in base; easy to serve from.

SNUDDA
Lazy Susan, solid wood birch

RM25 - Ikea




Idea-idea lain yang boleh dicedok..


credit picture - http://www.addspacetoyourlife.com


DIY Lazy Susan (untuk sesiapa yang rajin bertukang)

Boleh refer ke link di bawah..



13 February, 2012

Label untuk kotak ubat

Setakat ni, selain suami saya selalu tanya 'kita simpan panadol tak?' 'ada pil chi kit tak? abang sakit perut'... adik ipar yang bertandang ke rumah pun ada jugak tanya soalan yang agak serupa 'akak ada panadol tak?'

Bagus jugak bila 2,3 orang tanya soalan yang sama, memang kita patut simpan ubat-ubatan yang simple, just in case ada orang sakit kepala ke, anak-anak dapat luka sebab terjatuh ke, ataupun tengah malam terjaga sebab hidung tersumbat!

Sebelum ni memang saya ada simpan satu kotak 'first aid kit' (konon-konon laa) tapi kotak tu tak di refill bila ubat dah habis, minyak gamat bersepah.. kat dapur satu, kat ruang tamu satu.. kat dalam bilik tidur pun ada..

Lepas buat homework sikit, cara yang paling best nak solve this problem ialah.. jeng jeng.. apa lagi, mestila kena organize betul-betul.. ada banyak cara nak organize ubat ubatan. Cara saya:

1. Dapatkan beberapa kotak atau bekas untuk letak jenis-jenis ubatan yang berbeza. Cara saya, dapatkan 4 bekas (tupperware pun boleh). Saya prefer bekas yang transparent sebab senang nak tengok ubat dah habis ke belum.

2. Bahagikan jenis-jenis ubatan kepada 4 jenis. Nak 5,6 pun boleh. Bekas-bekas ubat saya; satu untuk minyak gamat & minyak urut, satu untuk plaster, bandage & vicks, satu untuk krim & losyen kulit, dan satu untuk ubat yang boleh dimakan (panadol, pil chi kit, air garam etc..) . Terpulang pada pilihan masing-masing.

3. Nak lagi best dan senang nak cari ubat-ubat ni pastu supaya senang nak simpan balik, letak label kat setiap bekas tu. Mula-mula saya tampal label yang ditulis sendiri jer.. nampak boring sikit.. 2 hari lepas saya print label ikut tema blog Organized Suri.. nampak lebih elok sikit.. 

{ BEFORE - nampak sangat boring }


{ AFTER - lebih cute }









12 February, 2012

Organize Freezer

Entry yang lepas saya cerita cara nak organize drawer, sekarang macam mana nak organize peti ais pulak. Mak saya selalu bagi tips macam mana nak kemas/susun barang dalam peti ais. Sebelum tu saya tak ambik pot pun dengan cara mak saya kemas peti ais dia sebab saya tak tau kenapa kena kemas cara tu so now, biar saya explain sikit.
Untuk freezer, semua makanan basah kena bungkus atau tutup dalam bekas supaya freezer kita tak berbau.. kalau tak tutup ikan-ikan, ayam, daging semua tu mesti bau punya la peti ais kita sebab bila freezer berbau, satu peti ais pun ada bau jugak..
Lepas tu, bila nak susun makanan basah tu, pastikan kita dah set berapa banyak kita nak masak dalam satu masa.. ni untuk mengelakkan kita dari sentiasa keluarkan ikan-ikan tu tapi lepas tu letak balik.. sure dah tak fresh by the time kita keluarkan selonggok ikan untuk kali ke-5!!
Kalau nak lagi kemas, semua fish balls, fish cake, nuggets ke letak dalam bekas yang transparent. Bekas transparent buat kita senang nak tengok apa yang ada dalam tu..
Bekas untuk freezer yang paling famous ialah brand Tupperware.. tapi kalau nak murah sikit rasanya bekas Apple Lady pun ok... untuk yang nak lagi jimat, boleh tiru cara saya.. guna bekas ais krim! Kebetulan suami saya suka sangat makan aiskrim Walls Selection, bekas nya agak tranparent... maybe bila dah pindah nanti saya beli bekas yang elok sikit untuk freezer... bagus jugak guna bekas ais krim sebab bila beli aiskrim, anak-anak tak mintak sebab bekas ais krim dengan bekas ikan sama aje.. hahaha..







Of course la tak boleh lawan Tupperware kan? they look very nice and neat..




{ Cepat cari Tupperware dealer ;) }



Susun Baju dalam Laci



Selalunya kita tak berapa ambik pot dengan susunan dalam almari atau dalam laci.. asalkan orang tak nampak, kita campak aje baju-baju ataupun anak baju, ataupun kain tudung (macam saya punya kes)..
Actually, lagi sedap mata memandang laci yang tersusun, kita nak ambik barang pun senang, tak payah tercari-cari.. betul tak? Salah satu caranya ialah dengan menyusun barang2 dengan cara menegak (baju-baju dll). Boleh cari di department store, alatan-alatan untuk susun baju/barang dalam laci tapi yang paling famous ialah organizing tools dari Ikea la.. mana lagi J
Saya punya organizing tools? Haha.. ambik kotak kasut je.. susun dalam laci, lepas tu susun kain tudung dengan cara menegak.. ohh... lagi senang nak cari tudung mana, kaler apa.. tak payah nak punggah semua kain tudung just to look for tudung kaler pink!





Contoh-contoh lain untuk susunan dalam laci ada kat bawah ni... so, sekarang dah ada idea?


Credit pictures:


           



Mana nak dapatkan divider dalam drawer? Sama ada beli atau buat sendiri untuk jimat..

Selamat Mencuba! :)

KOMPLEMENT Storage with compartments RM79
KOMPLEMENT
Storage with compartments
RM79 - IKEA

SKUBB Box with compartments RM39
SKUBB
Box with compartments
RM39 - IKEA




Ada yang guna kadboard je..



11 February, 2012

Re-cycle Botol Sos Spagheti



Nak organize rumah tak perlu berbelanja besar, kadang-kadang kita boleh je guna bekas-bekas yang elok yang boleh di pakai balik.
Salah satu tips yang saya suka sejak beberapa tahun lepas, ialah simpan barang-barang dalam botol kaca. Tak payah beli botol kaca mahal-mahal. Lepas dah masak spagheti guna sos Prego ke, Leggo ke, apa-apa jenis sos spageti la, jangan buang botol tu. Saya selalu re-cycle semula untuk letak spices, serbuk kari, serbuk kunyit, garam dan macam-macamla...
Apa lagi idea untuk botol yang boleh pakai semula? Kalau lepas guna botol makanan baby yang kecik tu, boleh guna balik untuk letak benda-benda kecil macam butang, paper clips dan macam-macam.. saya guna letak staples...


{credit picture  Home Concepts magazine}

{credit picture Home Concepts magazine}


{credit picture  Home Concepts magazine}

{credit picture  Home Concepts magazine}

{credit picture  Home Concepts magazine}